DAPATKAN PAKEJ YANG SESUAI DENGAN ANDA DENGAN TAWARAN TERBARU YANG AMAT MENARIK.TIADA CAJ PENGHANTARAN UNTUK SETIAP PESANAN YANG DIBUAT.SEGERA HUBUNGI AIDA DI TALIAN TERTERA.

+ Dapatkan Pakej Original KOREA LOOSE DETOX Foot Patch anda disini =)

Kurangkan Toksin dalam badan.Tampal Buang
PAKEJ FAMILY 100 (HARGA ISTIMEWA RM0.70 sekeping)

- Mengandungi 100 keping Foot Detox Patch
- Plus 100 keping pelekat
- Hanya RM70.00 sahaja !

___________________________________________

* Pembelian melebihi kuantiti diatas akan mendapat harga lebih istimewa. Hubungi Aida untuk maklumat lanjut

Senarai Artikel Foot Detox Kami

Friday, October 28, 2011

Makluman : Perkhidmatan penghantaran dihentikan sementara sempena Hari Raya Aidiladha

Salam kepada semua.

Adalah dimaklumkan bahawa sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan penghantaran dan pengeposan produk akan dihentikan sementara dari 4hb NOVEMBER SEHINGGA 8HB NOVEMBER 2011.

Perkhidmatan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 9hb November 2011.


HARAP MAKLUM


AIDA

Monday, October 24, 2011

5 malam penggunaan konsisten, rasai perbezaannya

Salam.

Aida banyak menasihati para pelanggan agar mencubanya selama 5 malam berturut2 sebelum tidur dan InsyaAllah kita akan dapat merasai perbezaan dalam tubuh badan kita.

Pergerakan kita akan lebih ringan seperti kita mengamalkan rejim senaman yang konsisten. Tapi lagi bagus kalau dapat bersenam sekali. Lagi berganda kesannya.

Ramai yang merasai perbezaannya. Kepada mereka yang diluar sana yang masih belum mencubanya, cubalah..

Boleh beri maklumbalas di ruangan Chat di sebelah..nak promote blog pon bole, no prob =)

FAQ


Dibawah ini adalah antara soalan-soalan lazim di tanya pelanggan. Kami akan berkongsi dengan anda semua sebagai panduan

1. Apakah jenama Foot Detox yang korang jual eh?

Penjelasan : Produk yang kami jual ini tiada jenama khusus kerana pembekal kami mengimport terus dari Korea. Jadi foot detox yang dipaketkan ini ialah bahan yang dibekal terus dari pengilang yang belum dikotakkan, dijenamakan dan dikomersialkan.

Pembekal kami membeli secara pukal dan dibawa masuk ke negara kita berkontena banyaknya sebelum disalurkan kepada reseller macam kami.

Sekiranya anda membeli foot detox yang berkotak dan mempunyai jenama, itu ialah paket-paket yang sudah dikomersialkan dan harganya jauh lebih mahal dari harga yang kami tawarkan.

Perlu diperjelaskan paket yang kami tawarkan mempunyai kualiti yang sama seperti paket yang telah dikomersialkan namun kami menjual pada harga yang berpatutan.

2. Betul ke ia boleh menyahtoksin dalam badan kita? Adakah benar dakwaan patch ini akan bertukar warna hitam bila dibasahkan dengan air?

Penjelasan : Apabila dbuat perbandingan apabila patch ini ditampal di tapak kaki, sebelum ditampal, tapak kaki kita adalah kering.( kami tak mengesyorkan tampal ketika tapak kaki basah)..selepas tempoh 4-8 jam ditampal, apabila patch ini ditanggalkan ,permukaan patch yang dilekatkan ke tapak kaki akan menjadi hitam melekit-lekit..inilah toksin yang berjaya dikeluarkan..ia berbeza sekiranya patch ini dibasahkan dengan air.

Patch yang kami bekalkan ini memang akan basah apabila terkena air kerana bungkusan patch yang mengandungi bahan herba ini diperbuat dari kertas..Logiknya apabila kertas terkena air, warna kertas akan menjadi gelap sedikit.

Dakwaan yang mengatakan patch akan bertukar menjadi warna hitam apabila dibasahkan dengan air adalah tidak benar. ia tidak bertukar menjadi wana hitam tapi ia akan menjadi sedikit kelabu kerana kertas bungkusannya terkena air.


3. Bagaimana kita ingin mengetahui kandungan toksin dalam dbadan kita banyak atau sikit?

Penjelasan : Soalan ini agak subjektif. Agak sukar untuk kita mengukur kandungan toksin dalam badan kita kerana punca terkumpulnya toksin di dalam badan kita adalah kerana amalan pemakanan kita, kurangnya berpeluh kerana kurang bersenam, kurang meminum air putih (digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari) dan banyak lagi faktor lain..Toksin memang akan terus ada dalam badan kita.. yang penting cara kita mengawalnya.

Satu cara yang telah lama diamalkan di negara Jepun, Korea, China, Eropah dan benua Amerika ialah penggunaan kaedah Detox. Kaedah ini memang popular dan terbukti berkesan secara saintifik..( Anda boleh surf dan google samada Foot Detox ini betul atau menipu orang). Ada bermacam-macam alat dan produk detox di pasaran...murah dan mahal..

Untuk produk yang kami tawarkan ini..sekurang-kurangnya anda boleh kenalpasti kandungan toksin dengan mengukur perbezaan warna di permukaan patch selepas di gunakan.

4. Bagaimana untuk kenalpasti kandungan toksi dengan menggunakan foot detox kami?

Perhatikan...

Kandungan Toksin yang banyak dalam badan
- permukaan patch akan berwarna hitam melekit-lekit/

Cadangan - Gunakan sepasang patch untuk kaki kiri dan kanan secara konsisten setiap malam sehingga warna di permukaan patch berubah menjadi cerah.

kandungan Toksin yang sederhana
- permukaan patch berwarna hitam sahaja.

Cadangan - Gunakan sepasang patch selama 3 - 4 hari berturut-turut. Berhenti untuk beberapa hari...sambung pemakaian sehingga permukaan patch berubah menjadi cerah.

kandungan Toksin yang minimum
- permukaan patch berwarna cerah..TAHNIAH..kandungan toksin di dalam badan adalah rendah..kekalkan gaya hidup sihat anda...

Namun perlu kami ingatkan jangan mudah berpuashati dengan perubahan positif yang berlaku..kandungan toksin akan kembali menjadi banyak sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kita..ingat ya!




kekejangan kaki


Salam..

Kisah Benar.

Hubby arituh mengadu kaki cramp(kejang) secara tiba2 semasa tersedar dari tidur malam..Setelah diurut2 masih tidak berkurangn kesakitannya.So, seharian dipejabat, dia mengadu kesakitan berpanjangn..nak berjalan pun berdingkut2..cian hubby..mlm sehari slps tuh, hubby pakai, foot detox ni, Syukur, bangun tidur je, sakitnya hilang terus dengn izinNya..

kwn sepejbat pon memberi respon yg sama bila kakinya cramp..slps guna, Alhamdullilah, sakitnya hilang...

So, sahabat2 diluar sana yg alami masalah yg sama, kami syorkn anda mencubanya...InsyaAllah degn IzinNya sakit itu akan hilang.

AIDA =)
Sharing is caring

Wednesday, October 19, 2011

Info dan Panduan penggunaan

BUATAN KOREA.IMPORT SEPENUHNYA.TAMPAL BUANG


INGREDIENTS: BAMBOO VINEGAR, TOURMALINE, CHITIN, DETOX HERBS


BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:

- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Masalah Berat badan dan Angin dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Peningkatan tekanan darah


JANGKAAN PENGGUNAAN FOOT DETOX PATCH

* Kesihatan keseluruhan yang lebih baik – rasa lebih bertenaga dan cergas
* Daya ketahanan badan yang lebih kuat
* Fungsi penghadaman yang lebih baik – kurang angin dan senak
* Pembuangan air besar yang kerap
* Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
* Kulit yang lebih cerah dan sihat
* Badan yang lebih langsing
* Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Peringatan – Wanita Mengandung, menyusukan anak, penghidap darah tinggi dilarang menggunakan Foot Detox ini kecuali dengan kebenaran dan nasihat Doktor

Cara pemakaian:

1) Basuh kaki dan keringkan atau bahagian badan lain yang hendak ditampal pelekat.
2) Buka pelekat.
3) Bahagian yang bertulis lekatkan di pelekat.
4) Pastikan bahagian yang berherba mengadap telapak kaki anda.
5) Minimum: 4 jam, Maksimum: 8 jam

Monday, October 17, 2011

Antara Testimoni

Berikut adalah sebahagian dari maklumbalas pelanggan Aida.


" Foot Patch berjaya menghilangkan sakit lutut saya " 
                                            - Mariah, Pontian Johor ( Pelanggan setia )

" Murah berbanding jenama yang dijual di Kedai namun kualiti dan hasilnya sama " 
                                            - Rudy, Shah Alam.

" Tiada kotak yang menarik namun hasil yang lebih penting " 
                                            - Lina, Ampang

" Perkhidmatan bagus " 
                                            - Zainuddin, Renggam Johor


" Lenguh - lenguh badan dah hilang lepas guna detox ni , Terima kasih perkenalkan kpd saya"
                                            - Syukri, Sepang Selangor


" Saya skrg mudah untuk buang air besar setiap pagi "
                                             - Zain  Melaka

" Saya skeptikal pada mulanya namun lepas cuba sekali, terasa bezanya "
                                             - Zaidi Shah Alam

Aida amat mengalu-alukan maklumbalas para pelanggan yang lain. Boleh komen secara terus di ruangan Chat di sebelah ok =)
                                          


                                           

Wednesday, October 12, 2011

Kesan Berganda

Salam.

Ramai orang kini mula menyedari kepentingan menjaga kesihatan. Saban tahun kita disogokkan dengan berita kos perubatan yang semakin meningkat. Ekoran dari senario ini, industri insuran perubatan semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam masyarakat hari ini namun bukan semua mampu mengambil insuran perubatan ini.

Semua ini melibatkan pengeluaran kos yang bukan sedikit. Tekanan kos hidup yang semakin sukar diduga kini menyebabkan semakin ramai dikalangan kita menjadi golongan miskin bandar.Masalah kewangan yang ramai rasai ini akan membuatkan kita lebih terbeban sekiranya kita terpaksa membelanjakan kos tambahan yang tidak dijangka sekiranya kita tiba2 mengalami masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, risikonya boleh kita kurangkan kesannya dengan mengambil beberapa langkah yang mudah ini. 

Pertama, Saya ingin menyeru anda semua di luar sana agar mula mengambil perhatian dalam aspek penjagaan kesihatan. Perhatikan apa yang kita suap dalam mulut hari-hari. Jangan main telan saja. =) Apa yang kita makan boleh jadi ubat dan boleh jadi punca penyakit. Ingat tuh.

Keduanya, meh join saya, sematkan dalam diri azam untuk mulakan rutin senaman sekurangnya2 sekali seminggu. Penting untuk badan kita untuk keluar peluh.

Ketiga, bila kita pakai foot detox patch ini sebelum tidur selepas kita melakukan senaman pada hari siangnya, InsyaAllah kesan yang akan kita rasai akan berganda pada keesokan harinya. Ramai yang telah akui perkara ini.

Cubalah dan rasai sendiri.

AIDA

Monday, October 10, 2011

Siapa patut cuba

Salam.

Detox Foot Patch ini sesuai dicuba oleh individu-individu yang mengalami simptom berikut: - 
  • Kerap sakit kepala.
  • Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
  • Susah bangun tidur.
  • Bahagian keliling mata gelap.
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
  • Sinus.
  • Berat badan meningkat.
  • Kehadiran selulit.
  • Masalah jerawat dan banyak lagi.
InsyaAllah, dengan penggunaan kerap , anda akan rasai perbezaannya.


AIDA

Sunday, October 9, 2011

Stok Oktober telah tiba

Salam.

GOOD NEWS!

Aida nak maklum pada semua especially regular cust yg dah lama booking,  stok akan sampai Shah Alam malam ini.

Stok yg tiba ini mencukupi untuk menampung permintaan bulan Oktober dan November ini. Sesiapa yang belum order boleh order sekarang. Call / Sms Aida ok. 

Semua urusan delivery akan mula dibuat pada hari selasa ini ( 11 Oktober 2011 ) mengikut keutamaan siapa yg order dulu, akan didahulukan.

Macam biasa, orang Shah Alam akan terima istimewa By Hand ke rumah oleh pihak kami. Apa yang perlu anda semua lakukan, maklum jer bila masa kelapangan anda, kemudian kami akan hantar. Tiada Caj Penghantaran!

Bagi pelanggan diluar Shah Alam, kami akan pos melalui kurier / Pos Ekspress /Pos Laju.

Terima kasih atas kesetiaan semua.

Happy Detox =)

AIDA